CafeMom Tickers
Daisypath Anniversary tickers

~Followers~

08 March 2010

~kenapa awak sayang saye~




Ini memangnya satu soalan killer kepada mana-mana lelaki. Soalan yang nampak simple tapi di dalamnya terkandung berjuta-berjuta pengharapan. Kalau silap jawap, memang nahas jawapnya. Dan paling susah, walaupun lelaki tue rasa dah jawap betul, tapi kepada si awek, jawapan tersebut tidak mencapai standard yang dikehendaki.

Jadi apakah jawapan yang paling sesuai bagi soalan killer ini? Mungkin tips-tips di bawah ini mampu membantu lelaki-lelaki di luar sana yang dihujani dengan soalan ini:-


1. Bila si awek tanya je korang soalan nie, jangan fikir panjang terus bagi satu jawapan. Hentam ajerlah jawapan apa pun. Jangan berfikir atau terhenti sejenak untuk berfikir. Itu akan menampakkan seolah-olah korang tengah berfikir “Betul ke aku sayang kat dia nie“. Silap besar tue beb.

2. Pandang direct ke mata dia. Tenung macam nak makan si awek. Eye contact sangat penting. Masa anda bagitau jawapan tue, renung ke dalam mata dia untuk menunjukkan keikhlasan dan keyakinan anda. Walaupun jawapan anda merapu, saya boleh confirmkan si awek akan terima jawapan anda.

3. Jangan sesekali guna jawapan seperti “Saya sayang awak sebab awak cun” atau “Saya sayang awak sebab body awak hot macam Enot“. Nanti confirm si awek akan counter dengan kata-kata “Oooo, kalau saya tak cun awak tak suka saya la ek?” atau “Nanti saya dah tak hot awak cari pompuan lain la ek?“. Jawapan ini mampu membuatkan anda clash.

4. Jawapan yang bagus ialah menampakkan betapa lemahnya kita tanpa si dia. Contoh jawapan yang bagus ialah “Saya sayangkan awak kerana tanpa awak hidup saya sepi semacam je“. Nak yang lagi mantap gunakan jawapan “Saya sayangkan awak kerana tanpa awak saya rasa jantung saya nak berhenti berdenyut”. Gunakan ayat-ayat menampakkan anda memang memerlukan dia. Confirm cair tahap tertinggi.

5. Kalau anda seorang lelaki kacak, macho dan menjadi pujaan ramai wanita, gunakan ajer jawapan nie. “Saya sayangkan awak sebab awak sayangkan saya“. Tapi pastikan anda betul-betul kacak tahap gaban dulu. Kalau tak confirm clash.

Sekian terima kasih.

footnote: i got this articles from here...nice article..wahai wanita di luar sane..berjaga2 ye dgn perkataan kaum adam ni..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails