CafeMom Tickers
Daisypath Anniversary tickers

~Followers~

21 November 2012

Bila Perempuan......




Bila sesiapa saja cakap tentang perempuan, mesti mereka akan kaitkan dengan emosional dan perasaan. Bila cakap tentang lelaki, mereka akan kaitkan dengan keegoan. Tapi tahukah mereka bahawa perempuan pun boleh jadi ego dan lelaki pun boleh jadi emosional tanpa mereka sedari? Jadi, bila perempuan tengah mengalami sesuatu perasaan, apakah yang sebenarnya mereka rasa?

Bila perempuan MERAJUK..
Perempuan takkan beritahu yang mereka sedang merajuk, lelaki itu sendiri harus kenal pasti bila pasangannya tu sedang merajuk.. Satu je perempuan mintak, bila mereka merajuk, pujuklah mereka.. Walaupun dengan pujuk menggunakan satu baris ayat sahaja, walaupun hanya cakap, "Alololo... Janganlah merajok...~", sudah mampu untuk mereka kembali kepada normal.. Bukan banyak yang mereka minta, cuma kesanggupan lelaki itu untuk merendahkan ego dan memujuk mereka..

Bila perempuan SEDIH..
Bila mereka sedih, kesedihan itu akan rasa sampai ke jiwa mereka.. Kadang-kadang tu sampaikan mereka tidak mampu untuk mengawal perasaan dan sedikit sebanyak dapat effect pasangan mereka.. Maafkan lah mereka, sebab bila mereka sedih, mereka tidak dapat tolak ke tepi kesedihan itu.. Satu je yang mereka inginkan adalah supaya pasangan mereka menanya, "Okay ke tak ni? Cuba cerita kenapa sedih macam ni.." Bukan dengan menyalahkan mereka kerana tidak pandai mengawal perasaan..

Bila perempuan MOODY..
Maafkanlah mereka kerana mereka mempunyai masa-masa tertentu yang mereka akan moody. Ketahuilah bahawa benda-benda kecil pun boleh membuatkan mereka moody.. Jangan paksa mereka untuk kembali elok, sebab sebenarnya, hanya mereka sendiri dapat membuatkan diri mereka kembali okay.. Janganlah kamu, wahai lelaki, menyalahkan mereka apabila mereka moody, dan terus-terusan marah kepada mereka.. Cubalah untuk menjadi personal therapist, dan banyak bersabar dengan mereka.. Bukan mereka minta untuk menjadi moody..

Bila perempuan MARAH..
Bila mereka marah, maafkan lah mereka.. Kerana mereka memang akan cepat melenting, dan kemungkinan besar akan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak diingini.. Tapi mereka mudah untuk dipujuk apabila kemarahan itu sudah reda.. Janganlah kamu berlawan mulut dengan mereka, kerana keadaan akan bertambah buruk.. Ingatlah bahawa apa yang mereka katakan ketika mereka marah, 90% adalah tidak betul.. *hard to believe but it is a fact* Apabila mereka berbuat salah, tegur dengan elok, dan jangan berkasar dengan mereka..



Bila perempuan TERASA..
Percayalah bahawa sememangnya perempuan cepat terasa.. Jadi jagalah segala perlakuan, tutur kata kamu, kerana bila mereka terasa, mereka akan samada merajuk ataupun diam seribu bahasa.. Nampak tak kaitannya di situ? Peganglah hati mereka sebaik mungkin, nescaya mereka akan berbuat begitu juga.. Janganlah kamu berkata bukan-bukan kepada mereka, kerana mereka adalah insan yang lemah, dan perlukan kamu, wahai lelaki yang gagah perkasa, untuk membimbing, untuk menatang, untuk bawanya ke jalan yang betul..

Bila perempuan BENCI SESEORANG..
Kebencian mereka adalah lebih hebat dari kebencian seorang lelaki. Apabila mereka merasakan yang mereka tak boleh teruskan lagi dengan perilaku seseorang itu, mereka tidak akan toleh ke belakang. Walau segala pujuk rayu tidak akan dilayan. Perempuan memang cepat mengalah, tapi bila kesabaran mereka adalah pada tahap maksimum, hati mereka menjadi sekeras-keras batu. Jadi, berhati-hatilah..

Bila perempuan DIAM SERIBU BAHASA..
Perempuan akan mengambil keputusan untuk diam ketika mereka merasakan tiada gunanya bagi mereka untuk berperang mulut dengan pasangan mereka. Tiada guna bagi mereka untuk mempertahankan apa yang mereka merasakan betul, kerana mereka tahu mereka takkan didengari.. Jauh di sudut hati, mereka berasa sedih yang tak terhingga, sehinggakan tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata.. Risau bila mereka diam dan tidak melayan kamu.. Kerana pada masa itu, banyak perkara yang sedang ada dalam fikiran mereka..

Walaupun perempuan mempunyai pelbagai perasaan, tapi di antara kesemua perasaan ini mempunyai satu persamaan : teman setia mereka adalah air mata.. Perempuan akan menangis bila mereka sedih, menangis bila mereka terasa, dan akan menangis bila mereka sedang diam seribu bahasa.. Menangis yang paling dalam kesannya adalah menangis dalam hati. Walaupun tiada air mata yang keluar, tapi kepedihan di hati sangat terasa..

Food For Thought
"How can a woman expected to be happy with a man who insists on treating her as if she were a perfectly normal human being.."
-Oscar Wilde-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails